selamat melangkah ke akademi hijrah wahai diri yang terleka.. sesungguhnya pencipta alam memerhatimu... terima kasih diri kerana semakin berani... berani berubah.. berani melangkah... sendiri itu lebih mudah.. tapi teman2 x bermakna aku meninggalkan dirimu... benar teman.. aku benar merinduimu.. sgt teman aku sgt merinduimu.. tapi utk smpai ke akademi yang telah lama dalam impianku.. aku terpaksa bersendirian.. berfikir sedalam dalamnya... kemahuanku.. kekhilafanku.. kegagalanku.. kejayaanku.. kelemahanku.. dan kelebihanku..
dan terima kasih teman .. rinduku padamu mejayakan aku melangkahkan diri ke akademi hijrah ini... oh.. maaf terhayut dalam rasa terima kasihku pada kamu .. terlupa aku ceritakan apakah akademi ini... ^__^ akademi hijrah adalah akademi yang ada dalam diri setiap manusia.. namun hidayah yang menentukan sejauh mana mereka mampu melayakkan diri ke dalam akademi ini... akademi ini percuma.. cuma mempertaruhkan keberanianmu wahai manusia... pemilihan terbuka dan longgar namun syarat pemilihan ketat dan tegas...
bila manusia itu sudah mula merindukan penciptanya.. itu tandanya surat tawaran telah dihantar.. dan bila jiwa mengakui kekhilafannya dan ingin berubah.. disitulah pintu akademi hijrah terbuka.. guru2nya??Al-Quran, Hadis rasulullah, alam dan segala isinya sebagai rujukan.. apa yang perlu ialah kita buka mata dan lihat... selidik dan fahami.. berfikir dan amalkan...dan kalau kita kuat.. kita boleh sambung ke *akademik dakwah(seperti yg akak kata..) pula..
akademi hijrah memerlukan kemahuan dan keinginan yang tinggi.. supaya semua hasutan dengki makhluk durjana bernama syaitan tidak berjaya menghasutmu.. aku... masih lemah.. namun aku akan berusaha.. demi Allah yang memiliki nyawaku... aku tidak mampu lari.. dan jika dibenarkan sekalipun.. aku tidak mahu... sempurna.. cintaNya terlalu sempurna.. tnpa aku sedar.. dalam gembira aku mengalirkan air mata.. tnpa sedar.. dalam duka aku tersenyum redha.. tenang teman.. tenang.. akademi ini menjanjikan ketenangan... dan Allah penyelianya.. memerhati.. dan mendengar.. memakbulkan dan memberi hidayah..
Alhamdulillah.. aku menjadi yang terpilih ke akademi ini.. dan aku berhajat mengembangkannya.. semoga teman kamu tertarik memasukinya.. semoga teman kamu terpilih kedalamnya.. jadi teman.. mari..mari.. buka mata.. ^__^.. lihat bersama-sama.. dunia Islam yang sangat indah.. biar cinta Allah jadi panduan.. biar cinta rasul jadi tauladan... dan cinta akhirat jadi jalan...
"kejarlah akhirat dan dunia akan mengikutmu.. kerana para pendakwah sebenar adalah mereka yang melaksanakan kewajipan akhirat dan kewajipan dunia.. " yakinlah.. dan Allah bersamamu... insyaallah..
demi Allah yang memiliki nyawaku.. aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad pesuruhNya.. dan aku adalah hambaNya yang merindukan cahaya ketenangan dariNya.. Allahuakhbar.. subahanallah...
first posted on Apr 9, 2012